Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap PM Anwar, Zahid Hamidi

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan timbalannya Ahmad Zahid Hamidi yang menuduh gabungan itu menerima dana daripada syarikat judi dalam PRU-15, lapor MalaysiaGazette.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan yang dilontarkan Encik Anwar dan Encik Ahmad Zahid adalah fitnah dan tuduhan berat.

“Apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini yang menyatakan kami (PN) pada PRU-15 menggunakan wang judi adalah fitnah dan suatu pembohongan," katanya seperti dinukil laporan MalaysiaGazette.

“Menteri (Azalina) menyatakan tiada satu pun petanda bahawa perkara itu betul.

“Kita akan bincang dengan peguam apa langkah seterusnya yang akan diambil terhadap kenyataan yang dibuat kedua-dua Perdana Menteri dan Timbalannya,” kata Encik Muhyiddin ketika ditemui pemberita di Mahkamah Jalan Duta, pada Jumaat (26 Mei).

Semalam, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said menyatakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur penerimaan rasuah termasuk sumber dana oleh parti kerajaan ketika itu seperti yang didakwa.

Sehubungan itu, katanya, tiada apa-apa fail siasatan dibuka.

Sebelum tindakan undang-undang diambil, Encik Muhyiddin menuntut permohonan maaf daripada PM Anwar dan Encik Ahmad Zahid.

“Yang pertama kita nak tuntut supaya mereka mohon maaf. Ini satu fitnah, satu pertuduhan yang berat. Saya nak tengok apa jawapan mereka,” katanya lagi.

Pada 5 Disember tahun lalu, Encik Anwar dalam satu sidang media membayangkan sebahagian dana pilihan raya beberapa parti datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Encik Ahmad Zahid pula berkata, beliau yakin pihak di ‘belah sana’ seperti mana dinyatakan PM Anwar dananya pada PRU15 lalu datang dari syarikat perjudian yang terlibat cabutan khas judi. 

Sumber : Agensi berita/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan