Skip to main content

Dunia

PN lulus kemasukan Pejuang, PCM sebagai anggota baharu

Anggaran Waktu Membaca:
PN lulus kemasukan Pejuang, PCM sebagai anggota baharu

Sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 22 Jun 2026. (Gambar: Petikan skrin dari video Facebook/Dr Ahmad Samsuri Mokhtar)

Diterbitkan : 23 Jun 2026 06:49AM
  • Perikatan Nasional meluluskan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Cinta Malaysia sebagai anggota baharu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi pada 22 Jun.
  • PN akan memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri Johor dalam masa terdekat, dengan mesyuarat dijadualkan pada 23 Jun.
  • PAS sebelum ini memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU selepas membuat penilaian terhadap hubungan kedua-dua pihak.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, 7 Julai untuk pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk meluluskan permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai anggota baharu gabungan itu.

Pengerusi PN Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada Isnin (22 Jun) malam. 

Pada masa yang sama, Dr Ahmad Samsuri berkata PN akan memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat.

“Satu mesyuarat mengenai perkara itu akan diadakan esok (23 Jun), yang bakal dipengerusikan Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengarah Pilihan Raya PN.

“Insya-Allah akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon,” katanya pada sidang media pada Isnin malam.

Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala 7 Julai untuk hari pengundian awal dan 11 Julai ialah hari mengundi.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita