Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN ikrar pentadbiran berintegriti, bebas rasuah andai menang PRN Johor

Perikatan Nasional (PN) berikrar akan mengubah landskap pentadbiran Negeri Johor yang berintegriti dan bebas rasuah sekiranya diberi mandat sebagai kerajaan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) tersebut kali ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
PN ikrar pentadbiran berintegriti, bebas rasuah andai menang PRN Johor

Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Mohamed Azmin Ali. (Gambar: BERNAMA)

KLUANG: Perikatan Nasional (PN) berikrar akan mengubah landskap pentadbiran Negeri Johor yang berintegriti dan bebas rasuah sekiranya diberi mandat sebagai kerajaan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) tersebut kali ini. 

Ketua Penerangan PN, Mohamed Azmin Ali, berkata ikrar itu adalah janji pertama PN kepada Bangsa Johor dan ia penting dalam pembangunan ekonomi di negeri berkenaan. 

“Itu tujuan pertama PN membentuk sebuah kerajaan, iaitu kerajaan yang berintegriti dan bersih rasuah. Perkara ini sekali gus dapat menarik keyakinan pelabur asing, meningkatkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan. 

“Saya percaya landskap pemerintahan ini dapat mengangkat Johor sebagai negeri utama penyumbang ekonomi negara,” katanya kepada para wartawan di Program Santai Anak Muda di Kluang, Johor, hari ini (5 Mac).

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata prestasi perdagangan serta pelaburan negara menunjukkan peningkatan memberangsangkan semasa pemerintahan PN pimpinan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi PN.

Justeru, beliau berkata perkara itu menjadi ‘kad laporan cemerlang’ bagi PN disokong untuk menjadi kerajaan kepada rakyat Johor semasa PRN kali ini. 

“Maka atas rekod ini, masyarakat Johor wajar memberi peluang kepada PN untuk mentadbir Negeri Johor,” katanya. 

PN - yang melibatkan gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan - bertanding di kesemua 56 kerusi semasa PRN Johor kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Mac sebagai pengundian bagi PRN Johor dan undi awal pada 8 Mac.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan