Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN, BN sasar PRN Melaka untuk rancakkan semula industri pelancongan

Parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka berjanji untuk merancakkan semula sektor pelancongan negeri bersejarah itu jika mereka dipilih untuk memerintah untuk lima tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
PN, BN sasar PRN Melaka untuk rancakkan semula industri pelancongan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Nov 2021 04:27PM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 04:28PM

MELAKA: Parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka berjanji untuk merancakkan semula sektor pelancongan negeri bersejarah itu jika mereka dipilih untuk memerintah untuk lima tahun akan datang.

Meskipun janji tersebut membawa sedikit harapan, industri pelancongan Melaka masih terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Bandar Melaka dikenali kerana kepelbagaian budaya dengan bangunan-bangunan bersejarah menjadi tarikan utama para pelancong dalam dan luar negara saban tahun sehingga COVID-19 melanda.

Walaupun kini perjalanan domestik dibenarkan di Malaysia, para peniaga memberitahu Mediacorp bahawa perniagaan mereka masih terjejas dengan tiadanya para pelancong asing.

Perkara inilah yang menjadi tumpuan parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan pada Sabtu ini (20 Nov).

"Negeri Melaka adalah sinonim dengan industri pelancongan. Kita akan pastikan bakat tempatan diperkasakan kemahiran dan bakatnya," kata Timbalan Presiden BN-UMNO Mohamad Hasan.

"Perikatan menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan pelancong kapal persiaran yang menyusuri Selat Melaka dan pusat penganjuran mesyuarat," kata Pengerusi PN-Bersatu Muhyiddin Yassin.

Namun, para pengundi masih meluahkan rasa kurang yakin selepas menyaksikan sendiri kerajaan negeri itu bertukar tangan sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun akibat ahli politik yang lompat parti.

Mereka bagaimanapun berharap kali ini para ahli politik dapat mengotakan janji sedang sempadan antarabangsa Malaysia dijangka dibuka semula seawal tahun depan.

Dalam pada itu, mereka juga berharap PRN Melaka tidak akan menyebabkan gelombang jangkitan COVID-19 mahupun sekatan pergerakan sekali lagi.

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan