Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN, BN mungkin bergabung bentuk kerajaan selepas PRU15, kata Setiausaha Agung PAS

Anggaran Waktu Membaca:
PN, BN mungkin bergabung bentuk kerajaan selepas PRU15, kata Setiausaha Agung PAS

Takiyuddin Hassan. (Gambar: BERNAMA)

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

"Saya yakin kita dapat bentuk Kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan."

"Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu."

"Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15," katanya menurut agensi berita BH Online.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat pada Isnin (14 Nov) malam.

Sebelum ini, Encik Takiyuddin yang juga calon Parlimen Kota Bharu dalam ucapannya berkata, PRU15 adalah pilihan raya paling getir buat rakyat, lapor BH Online.

Katanya, berdasarkan kajian penganalisis politik tiada mana-mana parti yang akan mendapat 112 kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan, sebaliknya perlu bergabung dengan mana-mana parti.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan