Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN akan papar manifesto realistik; tumpu kepada kos sara hidup

Anggaran Waktu Membaca:
PN akan papar manifesto realistik; tumpu kepada kos sara hidup

Muhyiddin Yassin. (Gambar: BERNAMA)

TANGKAK: Perikatan Nasional (PN) akan mengetengahkan manifesto yang bersifat realistik, antaranya menumpukan isu kos sara hidup rakyat dan kenaikan harga barang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi gabungan politik itu, Muhyiddin Yassin berkata PN akan turut memberi penekanan kepada isu pendidikan berkualiti selain mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Kami kalau dah bentuk kerajaan, kami janji akan laksana dan tunaikannya… contohnya isu perumahan dalam kalangan generasi kedua Felda... bila kita diberi peluang mentadbir Johor, antara yang kita akan beri perhatian adalah sediakan peluang perumahan untuk kumpulan ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian sempena ceramah umum bersama warga Felda Sri Ledang di Tangkak pada 23 Februari.

Turut hadir Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin.

Penamaan calon PRN Johor akan berlangsung Sabtu ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Mac dan undi awal pada 8 Mac.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan