PN akan kemuka nama calon MB dalam masa terdekat, kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri di sebuah hotel di Shah Alam
SHAH ALAM:Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan nama calon Menteri Besar baharu di ketiga-tiga negeri yang dimenangi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dalam masa terdekat.
Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata ini bagi mendapatkan perkenan daripada Sultan di negeri terbabit iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Kalau sekiranya nama-nama itu telah diperkenankan maka upacara angkat sumpah akan ditetapkan, mungkin dalam tempoh beberapa hari akan datang,” katanya pada satu sidang media.
Turut hadir Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta kepimpinan tertinggi gabungan itu.
Pada PRN kali ini, PN menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah selain kerusi Parlimen Kuala Terengganu serta 11 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, 22 di Selangor dan lima di Negeri Sembilan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.