Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Yair Lapid saran capai huraian "2 negara" bagi tamatkan konflik Israel-Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
PM Yair Lapid saran capai huraian "2 negara" bagi tamatkan konflik Israel-Palestin

Yair Lapid (Gambar: AFP/Andrew Harnik)

Diterbitkan : 23 Sep 2022 07:46AM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 07:50AM
NEW YORK: Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Perdana Menteri Israel, Yair Lapid menyarankan agar dicapai huraian "dua negara" bagi menamatkan konflik Israel-Palestin yang sudah berlarutan puluhan tahun.

Inilah kali pertama selepas bertahun-tahun seorang pemimpin Israel menyebut semula tentang huraian sedemikian di Perhimpunan Agung PBB.

Menurut PM Lapid, huraian "dua negara" itu adalah baik untuk keselamatan, ekonomi dan masa depan rakyat Israel.

Namun PM Lapid menambah huraian sedemikian bergantung kepada persetujuan pihak Palestin untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan tidak mengancam Israel.

Dalam reaksinya, seorang anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Wasel Abu Youssef berpendapat, kata-kata Encik Lapid itu tidak mempunyai erti sama sekali.

Ini memandangkan Israel tidak menghormati perjanjian-perjanjian sebelum ini seperti menghentikan pembinaan petempatan Yahudi di wilayah Palestin dan mengiktiraf Baitulmakdis Timur sebagai ibu kota negara Palestin kelak.
Sumber : Agensi berita/MU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan