Skip to main content

Dunia

PM Wong beri amaran sekatan di Selat Hormuz boleh ancam perdagangan global

Dalam ucapannya pada Jumaat (8 Mei) kepada para pemimpin serantau, Perdana Menteri Lawrence Wong memberi amaran tindakan menyekat pelayaran menerusi Selat Hormuz boleh menjadi permulaan yang berbahaya kepada perdagangan antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Wong beri amaran sekatan di Selat Hormuz boleh ancam perdagangan global

Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong di sesi plenari Sidang Puncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina pada 8 Mei 2026. (Gambar: MDDI)

Diterbitkan : 08 May 2026 08:03PM Dikemas Kini : 08 May 2026 08:14PM
SINGAPURA: Dalam ucapannya pada Jumaat (8 Mei) kepada para pemimpin serantau, Perdana Menteri Lawrence Wong memberi amaran tindakan menyekat pelayaran menerusi Selat Hormuz boleh menjadi permulaan yang berbahaya kepada perdagangan antarabangsa.

Beliau menekankan betapa rantau ini harus bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk memastikan laluan-laluan perkapalan penting terus kekal terbuka, selamat dan boleh diakses.

Laluan-laluan laut yang lain termasuk di rantau ini, menurut PM Wong, juga boleh terganggu dan perkara tersebut boleh mendatangkan natijah buruk bagi para anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan dunia.

Lantaran itu, ASEAN perlu kekal berkesan dalam berhubungan dengan dunia dalam isu-isu tersebut, kata PM Wong.

Sementara itu, berucap di sesi plenari Sidang Puncak Pemimpin ASEAN ke-48, Presiden Ferdinand Marcos Junior menggesa supaya penyelarasan, tindakan kolektif dan kesediaan ASEAN diperkukuh dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Encik Marcos turut menggesa peralihan ke arah tenaga bersih, sambil menekankan peri pentingnya jaminan dan daya tahan tenaga serantau yang lebih teguh.

"ASEAN mesti memperkuat penyelarasan dan memperkukuh kesediaannya. Mencari langkah-langkah kolektif yang praktikal untuk melindungi bekalan tenaga yang mantap, serta meningkatkan keterhubungan, serta terus memajukan sumber alternatif dan sumber tenaga boleh diperbaharui demi melindungi ekonomi-ekonomi kita daripada kejutan lanjut, dan sebagai tindak balas kepada cabaran genting perubahan iklim," kata Encik Marcos.
Sumber : CNA/DY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita