Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Wickremesinghe tidak tolak adakan pilihan raya sebaik ekonomi Sri Lanka stabil

Anggaran Waktu Membaca:
PM Wickremesinghe tidak tolak adakan pilihan raya sebaik ekonomi Sri Lanka stabil

Gambar: AFP/File/Ishara S. KODIKARA

COLOMBO: Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata beliau tidak menolak jika pilihan raya umum diadakan sebaik-baik sahaja keadaan ekonomi negara itu sudah stabil.

Sri Lanka sedang mengalami krisis ekonomi yang terburuk sejak kemerdekaannya pada 1948. Ibu kota Colombo kini kehabisan minyak petrol.

Menteri Tenaga Sri Lanka menggesa orang ramai supaya berhenti beratur di luar kedai minyak. Menurut beliau, tidak ada bekalan minyak selama dua hari akan datang.

Pemerintah menyatakan ia berharap dapat menangani masalah kekurangan minyak pembakar itu menjelang hujung minggu ini.

Pihak berkuasa menambah ia tidak lagi mempunyai wang untuk mendapatkan kiriman minyak memandangkan baki bekalan minyak hanya tinggal sedikit, lantas dikhaskan untuk kegunaan khidmat penting.

Sri Lanka sudah menerima AS$160 juta (S$221 juta) daripada Bank Dunia dan sedang mempertimbangkan jika sebahagian daripada wang itu dapat digunakan untuk membeli minyak pembakar.

Tunjuk-tunjuk perasaan antipemerintah di merata negara pula berterusan.

Orang ramai menghadang beberapa jalan raya di ibu kota Colombo buat hari ke-40 berturut-turut bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Sementara itu, dua ahli parlimen pemerintah ditangkap kerana didakwa mencetuskan keganasan antara para penyokong dengan penentang pemerintah minggu lalu.

Sembilan orang terbunuh dalam keganasan tersebut yang turut menyebabkan Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa meletak jawatan. Namun, keputusan beliau itu gagal meredakan keadaan.

Polis menyatakan, secara keseluruhannya, lebih 500 orang ditangkap berhubung keganasan tersebut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan