Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM UK Rishi Sunak gesa Israel kurangkan ketegangan di Tebing Barat

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada Jumaat (24 Mac) memberitahu rakan sejawatannya dari Israel, Benjamin Netanyahu mengenai kebimbangan antarabangsa terhadap ketegangan yang semakin meningkat di Tebing Barat.

Demikian lapor Agensi Anadolu.

Semasa pertemuan dengan Encik Netanyahu di Downing Street, Encik Sunak turut menyatakan perpaduannya terhadap rakan sejawatannya itu dalam menghadapi "serangan pengganas" dan United Kingdom akan sentiasa menyokong Israel.

Pada masa yang sama, Encik Sunak menyuarakan kebimbangan antarabangsa mengenai ketegangan yang semakin meningkat di Tebing Barat dan risiko yang menjejaskan usaha ke arah penyelesaian dua negara.

Encik Sunak mahu "semua usaha dilakukan bagi meringankan tekanan," terutama menjelang cuti keagamaan yang akan datang, katanya.

Perdana Menteri Britain itu menekankan kepentingan menegakkan nilai demokrasi yang menyokong hubungan antara kedua-dua negara, termasuk cadangan pembaharuan sistem kehakiman di Israel.

Israel berhadapan bantahan besar-besaran selama berminggu-minggu selepas Menteri Kehakiman Yariv Levin mencadangkan pelan pembaharuan sistem kehakiman yang dilihat sebagai "perubahan paling radikal" dalam sistem negara itu.

Dalam perbincangan itu, Encik Sunak dan Encik Netanyahu turut menyambut baik pemeteraian "Pelan Hala Tuju UK-Israel 2030".

Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan