Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM UK Rishi Sunak didenda kerana gagal pakai tali pinggang keledar

Anggaran Waktu Membaca:
PM UK Rishi Sunak didenda  kerana gagal pakai tali pinggang keledar

Rishi Sunak dilihat di London pada 23 Oktober 2022. (Gambar: AFP/Daniel Leal)

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak didenda polis pada Jumaat (20 Jan) kerana gagal memakai tali pinggang keledarnya ketika kereta sedang bergerak, bagi merakam video untuk dimuat naik ke media sosial.

Encik Sunak mengaku telah melanggar undang-undang serta memohon maaf atas "kesilapan tidak disengajakan itu".

Beliau memuat naik video melalui akaun Instagram rasminya yang dilaporkan dirakam semasa PM Britain itu melakukan lawatan ke barat laut England.

Video itu dikongsi ramai warganet yang secara sinis meluahkan rasa bimbang dan mempersoalkan sama ada PM Sunak memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan itu.

Polis kemudian menyatakan pihaknya akan meneliti video tersebut dan mengesahkan pada Jumaat bahawa satu kesalahan telah berlaku.

Ia merupakan hukuman kedua diterima Encik Sunak dari polis selepas beliau didapati melanggar sekatan COVID-19, bersama Perdana Menteri ketika itu Boris Johnson.

Denda itu merupakan satu tamparan kepada Encik Sunak, yang mana Parti Konservatifnya ketinggalan jauh di belakang Parti Buruh dalam tinjauan pendapat, menjelang pilihan raya yang dijadualkan selewat-lewatnya pada Januari 2025.

"Perdana Menteri mengaku kesilapannya serta memohon maaf," kata jurucakap pejabat Encik Sunak di Downing Street dalam satu kenyataan.

Dalam video itu, Encik Sunak berucap dengan nada gembira mengumumkan butiran kenaikan peruntukan dana untuk rakyat yang dikeluarkan kerajaan pimpinannya.

Di Britain, kegagalan memakai tali pinggang keledar boleh didenda sehingga 500 pound sterling (S$817).
Sumber : Reuters/SU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan