Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Thailand keluarkan dekri bubar Parlimen, buka laluan kepada Pilihan Raya Umum

Anggaran Waktu Membaca:

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha berkata beliau sudah mengeluarkan dekri bagi membubarkan Parlimen, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada Mei.

Dekri itu sudahpun dikemukakan untuk pengesahan diraja.

"Kita perlu menunggu sehingga ia disiarkan dalam Warta Diraja," katanya kepada pemberita di Chiang Mai pada Jumaat (17 Mac). 

Dekri itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja diterbitkan dalam Warta Diraja.

Media tempatan melaporkan perutusan itu mungkin diterbitkan pada 20 Mac.

Dewan Rakyat hanya akan melengkapkan penggal empat tahunnya pada 23 Mac.

Di bawah perlembagaan, pilihan raya umum akan diadakan sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran parlimen dan tidak melebihi 60 hari.

Bagaimanapun, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas penggal Dewan Rakyat berakhir pada 23 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pilihan raya selepas pembubaran.

Terdapat spekulasi bahawa pilihan raya bakal berlangsung pada 7 Mei atau 14 Mei iaitu Ahad.

Pilihan raya umum terakhir Thailand berlangsung pada 24 Mac 2019.

Encik Prayuth dijangka bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun had lapan tahun sebagai perdana menteri berakhir pada 2025.

Encik Prayuth, 68 tahun, mantan jeneral tentera mengetuai rampasan kuasa tentera pada 2014, akan bertanding di bawah parti baru, Parti Negara Thai Bersatu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan