PM Thailand gesa negara anggota ASEAN siap hadapi transformasi digital
Para pemimpin serantau berada di Bangkok untuk menghadiri Sidang Puncak ASEAN yang ke-35.
BANGKOK: Para pemimpin serantau berada di Bangkok untuk menghadiri Sidang Puncak ASEAN yang ke-35.
Rundingan-rundingan berkaitan perniagaan, pelaburan dan keselamatan akan diadakan.
Di Sidang Puncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN pagi tadi (2 Nov), Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha menggesa negara-negara anggota supaya bersiap untuk transformasi digital dalam ASEAN.
Beliau menarik perhatian bahawa revolusi digital adalah cabaran utama yang dihadapi semua pihak.
PM Prayut menambah mesyuarat-mesyuarat di kalangan para pemimpin tidak seharusnya sekadar perbincangan kosong sahaja tetapi tindakan-tindakan pragmatik mesti diambil.
Rundingan-rundingan berkaitan perniagaan, pelaburan dan keselamatan menjadi tumpuan dalam sidang ASEAN kali ini.
Perdagangan bagaimanapun bakal menjadi agenda utama.
ASEAN ingin memuktamadkan perjanjian perdagangan yang dikenali sebagai Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau atau RCEP.
Jika dicapai, perjanjian bersejarah melibatkan 16 negara itu bakal mewujudkan zon perdagangan bebas terbesar di dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.