Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Thailand bertugas seperti biasa selepas undian pada Ahad

Keadaan tidak menentu terus menyelubungi Thailand selepas pilihan raya pertama negara itu dalam lapan tahun, tetapi Jeneral Prayuth Chan-o-cha meneruskan tugasnya seperti biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Thailand bertugas seperti biasa selepas undian pada Ahad

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha, membuat undi di pusat pengundian Soi Pradipat 5, daerah Phaya Thai, Bangkok. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Mar 2019 10:27AM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 10:29AM

BANGKOK: Keadaan tidak menentu terus menyelubungi Thailand selepas pilihan raya pertama negara itu dalam lapan tahun, tetapi Jeneral Prayuth Chan-o-cha meneruskan tugasnya seperti biasa.

Selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet pada Selasa (26 Mac), Ketua Majlis Kebangsaan untuk Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) itu memberitahu para wartawan bahawa beliau akan terus menumpukan kepada tugasnya.

"Saya akan terus memainkan peranan saya sebagai Perdana Menteri Thailand dan Ketua NCPO sehingga kerajaan seterusnya dibentuk, di bawah perlembagaan," kata beliau.

Encik Prayuth, satu-satunya calon perdana menteri untuk parti Palang Pracharat, berkata beliau tidak terlibat dalam proses pembentukan sebuah kerajaan baru.

"Ia adalah kewajipan kumpulan politik," katanya.

Media tempatan melaporkan parti Pheu Thai dan Palang Pracharat sedang berusaha membentuk sebuah kerajaan.

Pheu Thai mendakwa ia memenangi kerusi paling banyak dan oleh itu, patut mempunyai keutamaan untuk membentuk kerajaan. Namun parti Palang Pracharat menyatakan ia mendapat undi popular daripada rakyat negara itu.

Pada Isnin (25 Mac), Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan keputusan tidak rasmi 350 kerusi yang dipilih secara langsung dalam Dewan Perwakilan.

Pheu Thai, parti yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, mendahului dengan 137 kerusi, diikuti parti Palang Pracharat yang condong kepada junta dengan 97 kerusi.

Sementara itu, Encik Prayuth, panglima tentera yang merampas kuasa daripada sebuah kerajaan demokrasi pada 2014, melantik dirinya sendiri sebagai perdana menteri sambil berkata beliau akan berucap buat kali terakhir dalam program mingguannya mengenai pelbagai isu.

Program dipanggil "Daripada Falsafah Ekonomi Kecukupan ke Matlamat Pembangunan Mampan" disiarkan di stesen radio dan televisyen di seluruh negara itu setiap Jumaat.

"Ia akan menjadi ucapan terakhir saya pada petang Jumaat. Selama lima tahun, saya berkongsi pandangan, prinsip dan wawasan saya selain daripada menghuraikan masalah dan isu (dalam ucapan)," katanya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan