Skip to main content

Dunia

PM Thai umumkan bantuan wang tunai AS$15.7 bilion untuk rancakkan ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Sep 2023 07:29PM Dikemas Kini : 12 Sep 2023 12:00AM
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin hari ini mengumumkan bantuan tunai bernilai AS$15.7 bilion (S$21.4 bilion), dalam usaha merancakkan semula ekonominya.

Ini bermakna setiap rakyat Thailand berusia 16 tahun ke atas akan mendapat sekitar AS$280 (S$381) seorang menerusi dompet digital.

Langkah itu diharap merangsang ekonomi menerusi perbelanjaan jangka pendek.

Ini merupakan antara dasar-dasar kabinet kerajaan baharu yang PM Srettha Thavisin umumkan kepada parlimen hari ini (11 Sep), di mana Encik Srettha juga berkata kerajaan beliau mahu menangguhkan pembayaran hutang dan mengurangkan harga tenaga.

Beliau juga mahu melakukan beberapa pindaan perlembagaan dengan "melakar perlembagaan demokratik yang moden dan saling diterima".

Namun, tiada perincian beliau berikan mengenai perkara-perkara itu buat masa ini.

Pengumuman beliau itu bagaimanapun dibidas oleh parti Move Forward yang membangkang.

Move Forward juga mempersoalkan dari mana sumber kewangan yang akan membiayai habuan wang tunai itu.

Ia juga mengkritik Encik Srettha sebagai mula memerintah "dengan memusnahkan disiplin fiskal".
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita