PM Thai Prayut Chan-ocha selamat dari undi tidak yakin
Perdana Menteri Thai Prayut Chan-ocha terselamat dari undi tidak yakin terhadapnya, buat kali kedua.

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha. (Gambar: AFP)
BANGKOK: Perdana Menteri Thai Prayut Chan-ocha terselamat dari undi tidak yakin terhadapnya, buat kali kedua.
Turut bertahan, sembilan menteri kabinetnya.
Para Anggota Parlimen Thai mengundi pagi tadi (20 Feb) selepas empat hari berdebat.
Setiap menteri diundi secara individu.
PM Prayut menerima 272 undi menyokongnya manakala 206 undi tidak yakin dan tiga undi berkecuali.
Undi tidak yakin itu memerlukan 244 undi menyokong tetapi perikatan kerajaan campuran PM Prayut mempunyai suara majoriti.
Beliau dan 9 orang menterinya menghadapi tuduhan salah menguruskan COVID-19 selain kesalahan rasuah.
PM Prayut turut menghadapi tuduhan salah menguruskan bantahan anti kerajaan tahun lalu.
Kegagalan undi tidak yakin itu menguatkan lagi iltizam para penunjuk perasaan untuk mengadakan bantahan petang ini.
Mereka juga terus menuntut agar empat aktivis yang ditahan atas pelbagai tuduhan termasuk menghina raja, dibebaskan segera.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.