PM Thai arah pihak berkuasa ketatkan pemilikan senjata api
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha. (Gambar: AFP)
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mengarahkan pihak berkuasa supaya mengetatkan pemilikan senjata api serta membanteras perdagangan senjata api dan pengedaran dadah di negara itu.
Arahan itu dikeluarkan pada Selasa (11 Okt) berikutan insiden amuk dan pembunuhan oleh seorang bekas anggota polis di pusat penjagaan kanak-kanak di Uthai Sawan pada minggu lalu.
Encik Prayuth mengarahkan pihak berkuasa supaya menyiasat dan membatalkan lesen senjata api pemilik yang dilaporkan menimbulkan huru-hara serta mengancam masyarakat.
Menurut seorang jurucakap kerajaan, Encik Prayuth turut mengarahkan pihak berkuasa supaya melancarkan operasi dan mengambil tindakan tegas bagi membendung penyalahgunaan dadah di negara itu.
Agensi-agensi yang berkaitan juga digesa meningkatkan rawatan termasuk menyediakan kemudahan pemulihan untuk penagih dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata Polis Diraja Thailand akan menarik balik senjata api daripada pegawai dan anggota polis yang didapati menyalahgunakan senjata api mereka atau menunjukkan tingkah laku agresif semasa menjalankan tugas.
Beliau berkata pemeriksaan kesihatan mental yang kerap juga perlu bagi pemegang lesen senjata api.

Sumber : Bernama/ZM/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.