Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Sweden letak jawatan selepas tewas usul undi tidak percaya

Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven pada Isnin (28 Jun) berkata beliau sudah menyerahkan notis peletakan jawatannya. Ini sekali gus memberi speaker parlimen tugas untuk mencari seorang perdana menteri baru selepas pemimpin Sosial Democrat itu tewas dalam usul undi tidak percaya pada minggu lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Sweden letak jawatan selepas tewas usul undi tidak percaya

Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven. (Gambar: Reuters/Stina Stjernkvist, Agensi Berita TT)

Diterbitkan : 28 Jun 2021 06:13PM Dikemas Kini : 28 Jun 2021 06:15PM

STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven pada Isnin (28 Jun) berkata beliau sudah menyerahkan notis peletakan jawatannya. Ini sekali gus memberi speaker parlimen tugas untuk mencari seorang perdana menteri baru selepas pemimpin Sosial Democrat itu tewas dalam usul undi tidak percaya pada minggu lalu.

Encik Lofven tewas dalam usul undi tidak percaya di parlimen pada 21 Jun selepas Parti Kiri menarik balik sokongannya, mencetuskan perbincangan tidak terkawal. Ini berlaku sedang kedua-dua parti sayap kiri tengah dan parti kanan tengah berusaha untuk meraih sokongan mencukupi bagi menubuhkan sebuah pemerintah.

Beliau mempunyai masa sehingga tengah malam ini untuk mencari sokongan baru di parlimen, membolehkannya untuk menyerahkan tugasan mencari pemerintah baru kepada speaker dengan jangkaan beliau dilantik semula atau mengadakan pilihan raya segera.

Encik Lofven, bekas ketua kesatuan pekerja dan tukang kimpal, mengetuai sebuah pakatan minoriti yang rapuh dengan Parti Hijau sejak 2018. Parti itu bergantung pada sokongan dari dua parti kecil kanan-tengah dan Parti Kiri untuk terus berkuasa.

Blok-blok kiri tengah dan kanan tengah kini seimbang di parlimen. Tinjauan pendapat menunjukkan pilihan raya umum mungkin tidak mengubah gambaran itu.

Encik Lofven memerlukan empat bulan untuk membentuk sebuah pemerintah selepas menang pilihan raya 2018 dengan majoriti tipis.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan