Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Sweden letak jawatan secara rasmi selepas kalah pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:
COPENHAGEN: Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson pada Khamis (15 Sep) menyerahkan surat peletakan jawatan beliau selepas blok haluan kanan yang terdiri daripada parti nasionalis, anti imigresen menang tipis dalam pilihan raya Sweden.

Cik Andersson bertemu dengan Speaker Parlimen Andreas Norlen, untuk memaklumkan secara rasmi peletakan jawatannya.

Beliau akan terus memangku jawatan sehingga pemerintah baru dibentuk.

Encik Norlen dijangka akan meminta pemimpin parti Moderates, Ulf Kristersson untuk cuba membentuk pemerintah campuran.

Menyusuli Pilihan Raya Umum pada Ahad (11 Sep), blok haluan kanan memenangi 176 kerusi daripada 349 kerusi Parlimen Sweden,manakala blok parti Demokrat Sosial pimpinan Cik Andersson,mempunyai 173 kerusi.

Cik Andersson mengaku kalah selepas lebih 99 peratus kawasan selesai dikira dengan pemimpin parti sayap kanan Demokrat Sweden (SD) Jimmie Akesson mengisytiharkan kemenangan bagi blok empat parti itu.

Cik Andersson yang mengetuai parti terbesar itu meletak jawatan kurang setahun selepas beliau dilantik sebagai ketua pemerintah wanita pertama di Sweden.

Pelantikkan beliau sebagai Perdana Menteri mencatatkan kemajuan buat Sweden yang dilihat selama beberapa dekad sebagai salah satu negara paling progresif di Eropah dalam hal berhubung jantina.

Namun, sebelum ini belum pernah melantik seorang wanita memegang jawatan tertinggi dalam politik.

Pemerintah yang baru dipilih itu dijadualkan berhimpun buat pertama kali pada 26 September.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan