Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Sri Lanka arah tentera lakukan apa sahaja yang wajar untuk kembalikan ketenteraman

Anggaran Waktu Membaca:

BBC: Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe sudahpun memberi arahan kepada pasukan tentera untuk melakukan "apa sahaja yang patut untuk kembalikan ketenteraman" setelah penunjuk perasaan menyerbu pejabatnya pada Rabu (13 Jul). 

Encik Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku presiden oleh Presiden Gotabaya Rajapaksa yang sudah meninggalkan Sri Lanka. 

Sri Lanka bergelut krisis ekonomi paling teruk dalam beberapa dekad. 

Sebilangan besar menyalahkan pentadbiran Encik Rajapaksa dan menganggap Encik Wickremesinghe yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Mei, sebagai sebahagian daripada masalah itu. 

Pada Rabu (13 Jul), buat kali kedua dalam kurang seminggu, penunjuk perasaan memecah masuk bangunan negara yang tahap keselamatannya amat ketat. Kali ini, ia adalah pejabat perdana menteri. 

Serupa dengan apa yang berlaku sepanjang hujung minggu lalu di kediaman rasmi Presiden Gotabaya, orang ramai bersantai dan bergambar di sofa di pejabat perdana menteri, manakala ada juga yang berdiri di atas kerusi dan meja sambil mengibarkan bendera Sri Lanka. 

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, Encik Wickremesinghe menggesa penunjuk perasaan supaya meninggalkan pejabatnya dan bangunan negara yang lain, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa. 

"Lita tidak boleh mengingkari perlembagaan negara. Kita tidak boleh membenarkan kumpulan fasis berkuasa. Kita harus menamatkan ancaman fasis kepada demokrasi," ujarnya. 

Di luar pejabat presiden, wartawan BBC berkata, tentera bersenjata hanya berdiri menyaksikan para penunjuk perasaan berpesta di dalam pejabat itu. 

Pada masa yang sama, para penunjuk perasaan tidak menghiraukan gesaan perdana menteri untuk mengosongkan pejabatnya. 

"Matlamat kita adalah supaya Gota balik rumah. Dan Ranil dan anggota kabinet yang lain untuk balik rumah," kata salah seorang penunjuk perasaan di pejabat perdana menteri kepada BBC. 

"Kami memerlukan pemimpin yang jujur untuk membangunkan Sri Lanka sekarang."

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan