PM sementara Thailand bersara dari politik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Lillian Suwanrumpha)
BANGKOK: Perdana Menteri sementara Thailand Prayut Chan-o-cha mengumumkan pada Selasa (11 Jul) bahawa beliau akan bersara dari politik dan meninggalkan Parti Negara Thai Bersatu (UTN), menjelang pengundian parlimen untuk memilih perdana menteri seterusnya.
Jeneral yang sudah bersara itu berkongsi mesej di akaun Facebook parti tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat Thailand atas sokongan mereka serta kumpulan politiknya semasa Pilihan Raya Umum pada 14 Mei.
"Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan bersara dari politik dengan meletak jawatan sebagai anggota Parti Negara Thai Bersatu," katanya.
Jeneral Prayut menjadi perdana menteri pada 2014 selepas mengetuai rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan Yingluck Shinawatra yang dilantik secara demokratik.
Tentera juntanya mentadbir Thailand selama hampir lima tahun sebelum Pilihan Raya Umum diadakan pada 2019 di bawah perlembagaan baru yang ditulis oleh jawatankuasa dilantik tentera.
Pada masa itu, beliau merupakan satu-satunya calon perdana menteri parti projunta Palang Pracharat. Parti itu berjaya untuk membentuk kerajaan bersama sekutu politiknya, meskipun parti pembangkang, Parti Pheu Thai, mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat.
Pada 14 Mei tahun ini, parti barunya, Parti Negara Thai Bersatu tewas dalam pilihan raya kepada Parti Move Forward, yang meraih 151 kerusi dalam parlimen.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.