PM sementara Lubnan harap segera capai gencatan senjata dengan Israel
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ALAIN JOCARD)
BEIRUT: Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati berharap perjanjian gencatan senjata dengan Israel akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ini selepas media tempatan Israel melaporkan Washington sudah mengemukakan draf perjanjian untuk gencatan senjata selama 60 hari.
Draf tersebut menggariskan bahawa Israel akan mengundurkan askarnya dari Lubnan dalam minggu pertama gencatan senjata 60 hari tersebut.
Menurut Encik Najib, berdasarkan perbualan dengan wakil khas Amerika Syarikat ke Timur Tengah, Amos Hochstein, perjanjian boleh dicapai sebelum Pilihan Raya Presiden Amerika pada 5 November ini.
Sementara itu, jurucakap Keselamatan Negara Rumah Putih, Sean Savett memaklumkan bahawa draf dokumen gencatan senjata tersebut tidak mencerminkan keadaan semasa rundingan.
Media Israel sebelum ini melaporkan draf tersebut telah dibentangkan kepada pemimpin Israel.
Israel dan Hezbollah telah bertempur selama setahun, seiringan dengan perang Israel di Gaza selepas Hezbollah menyerang sasaran Israel sebagai tanda perpaduan dengan sekutunya, Hamas di Gaza.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.