Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Rishi Sunak umum Pilihan Raya Britain pada 4 Julai

Anggaran Waktu Membaca:
PM Rishi Sunak umum Pilihan Raya Britain pada 4 Julai

Perdana Menteri Rishi Sunak. (Gambar: Pool/AP)

Diterbitkan : 23 May 2024 07:17AM Dikemas Kini : 23 May 2024 07:19AM
LONDON: Kecewa dengan ketidakupayaannya untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat Britain, Perdana Menteri Rishi Sunak mengumumkan pada Rabu (22 Mei) bahawa pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada 4 Julai.

Encik Sunak, 44 tahun, kini berada jauh di belakang parti pembangkang, Parti Buruh, dalam tinjauan pendapat dan beliau semakin bergantung kepada pasukan penasihatnya untuk mengemudi negara itu melalui apa yang disifatkan sebagai kempen pilihan raya yang sangat mencabar.

Encik Sunak sedang bergelut untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dalam Parti Konservatif yang diterajuinya, dengan sesetengah penggubal undang-undang sudahpun membincangkan siapakah yang akan menggantikannya selepas apa yang dilihat ramai sebagai kekalahan yang tidak dapat dielakkan.

Sesetengah anggota parti turut berkata bahawa tempoh Encik Sunak sebagai perdana menteri telah dicemari dengan peluang-peluang yang disia-siakan. Ada juga yang mengatakan bahawa Encik Sunak orang yang salah untuk tugas itu kerana beliau lebih sebagai seorang teknokrat daripada pemimpin.

Salah seorang anggota Parti Konservatif berkata Encik Sunak semakin terpinggir.

"Pasukannya kerap meninggalkan beliau bersendirian di pejabatnya, beliau lebih suka mempunyai masa sendiri," menurut mereka, dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan.

Semua ini kelihatan sangat berbeza apabila bekas tokoh pelaburan dan menteri kewangan itu mengambil alih jawatan tersebut kurang daripada dua tahun yang lalu, mewarisi ekonomi yang rapuh selepas pasaran kewangan menolak rancangan cukai dan perbelanjaan yang diusulkan oleh mantan Perdana Menteri Liz Truss.

Sebagai perdana menteri kelima Britain dalam tempoh lapan tahun, Encik Sunak pada mulanya dipuji kerana memulihkan ekonomi dengan tumpuannya dikhususkan kepada sikap hemat fiskal, kurang bersifat antagonis terhadap Kesatuan Eropah (EU) dan kejayaannya memulihkan pemerintah Ireland Utara.
Sumber : Reuters/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan