Skip to main content

Dunia

PM Rishi Sunak ke Israel untuk bertemu Netanyahu & Herzog

Anggaran Waktu Membaca:
PM Rishi Sunak ke Israel untuk bertemu Netanyahu & Herzog

(Gambar fail: Niklas Halle'n/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2023 09:16AM
LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak akan melakukan lawatan ke Israel pada Khamis (19 Okt) untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Presiden Israel, Isaac Herzog.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya turut mendedahkan bahawa Encik Sunak akan menyampaikan ucapan duka beliau atas kehilangan nyawa di Israel dan Gaza, serta membincangkan tindakan selanjutnya yang perlu diambil dalam menangani krisis di rantau tersebut.

Beliau juga akan menggesa pembukaan laluan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza secepat mungkin dan untuk membolehkan warga Britain yang terperangkap di wilayah Palestin yang dikepung itu untuk meninggalkannya.

"Setiap kematian orang awam adalah tragedi. Dan terlalu banyak nyawa yang telah hilang berikutan tindakan kejam Hamas," kata pemimpin Britain itu dalam kenyataan menjelang lawatannya.
Sumber : AGENCIES/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita