Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Prayut bertegas akan terus berkhidmat sebagai menteri pertahanan

Anggaran Waktu Membaca:
PM Prayut bertegas akan terus berkhidmat sebagai menteri pertahanan

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha. (Gambar: Jack TAYLOR / AFP)

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha yang digantung tugas berkata bahawa beliau akan meneruskan peranannya sebagai menteri pertahanan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya kepada orang ramai melalui laman sosial media sejak sebuah mahkamah di Thailand mengarahkannya supaya menghentikan tugasnya sebagai perdana menteri sedang ia menyemak had penggalnya.

Buat masa ini, timbalannya, Prawit Wongsuwan akan memangku jawatan perdana menteri bagi ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu.

"Saya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai menteri pertahanan untuk rakyat dan negara ini setiap hari," tegas Encik Prayut dalam catatan di akaun Twitter rasminya pada Khamis (25 Ogos), lapor Reuters.

Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu (24 Ogos) memutuskan untuk mendengar petisyen yang dikemukakan oleh parti pembangkang utama yang mendakwa bahawa tempoh Encik Prayut menyandang jawatan sebagai ketua junta selepas tentera merampas kuasa pada 2014 sepatutnya diambil kira.

Perlembagaan Thailand menetapkan had penggal selama lapan tahun bagi jawatan perdana menteri.

Sungguhpun demikian, masih belum jelas bilakah mahkamah akan menyampaikan keputusan mengenai semakan tersebut.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata pada Jumaat (26 Ogos) bahawa kabinet akan terus berfungsi seperti biasa seperti dinukil oleh agensi berita Reuters.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan