Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Perancis akan bertemu pemimpin pembangkang, kesatuan sekerja bagi tamatkan krisis pencen

Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne merancang untuk mengadakan pertemuan dengan para pemimpin pembangkang dan kesatuan sekerja dengan harapan dapat menamatkan tunjuk perasaan yang sudah berlarutan selama berminggu-minggu bagi membantah undang-undang pencen yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne merancang untuk mengadakan pertemuan dengan para pemimpin pembangkang dan kesatuan sekerja dengan harapan dapat menamatkan tunjuk perasaan yang sudah berlarutan selama berminggu-minggu bagi membantah undang-undang pencen yang baru.

Demikian menurut pejabat Cik Borne pada Ahad (26 Mac).
Presiden Perancis Emmanuel Macron menolak usulan untuk membatalkan atau menangguhkan penguatkuasaan undang-undang itu.

Beliau menugaskan Perdana Menteri untuk mendapatkan sokongan parlimen selepas pemerintah gagal memperolehi undi yang mencukupi bagi rang undang-undang tersebut.

Cik Borne akan bertemu dengan para pemimpin parti pembangkang dan beliau juga berhasrat untuk menyambung semula dialog dengan kesatuan-kesatuan sekerja berhubung isu buruh, menurut pejabatnya, tanpa menyebut tentang rang undang-undang itu.

Dalam wawancaranya bersama agensi berita AFP, Cik Borne turut mendedahkan bahawa mesyuarat dengan pihak pembangkang dan para pemimpin kesatuan sekerja akan diadakan pada minggu depan, mulai 3 April.

Beliau juga berikrar untuk tidak menggunakan kuasa perlembagaan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut tanpa undi sekali lagi kecuali bagi rang undang-undang berkaitan belanjawan.

Kesatuan-kesatuan sekerja merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan yang masuk hari kesepuluh pada Selasa (28 Mac) di seluruh negara itu bagi membantah undang-undang pencen.

Ia berikutan tunjuk perasaan pada Khamis (24 Mac) yang menyaksikan pertempuran paling sengit dan ganas dengan pihak polis.
Sumber : Agensi berita/AE/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan