PM NZ Christopher Luxon lakukan lawatan rasmi ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura pada 3 hingga 5 Mei, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (3 Mei).
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Encik Luxon akan mengadakan Mesyuarat Pemimpin Tahunan buat julung kalinya itu pada Isnin (4 Mei), menurut MFA dalam kenyataannya.
Lawatan itu merupakan lawatan rasmi kedua Encik Luxon ke Singapura dan ia akan membina Perkongsian Strategik Komprehensif New Zealand-Singapura, yang dilancarkan pada Oktober 2025, apabila Encik Wong melawat New Zealand sempena ulang tahun dua hala ke-60.
Sebagai perdana menteri, Encik Luxon pertama kali melawat Singapura pada April 2024.
Encik Wong dan Encik Luxon kali terakhir bertemu di luar acara Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada November 2025, di mana mereka mengadakan jamuan malam bersama Perdana Menteri Kanada Mark Carney dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Kedua-duanya juga membincangkan tentang perkembangan di Timur Tengah melalui panggilan telefon pada Mac lalu.
Kedua-dua pemimpin akan berucap di majlis pembukaan Forum Kepimpinan Singapura-New Zealand.
Mereka juga akan menyaksikan pemeteraian Perjanjian mengenai Perdagangan Bekalan Penting dan mengadakan sidang media bersama pada Isnin, menurut MFA.
Encik Wong juga akan mengadakan jamuan tengah hari bagi perdana menteri New Zealand itu pada hari yang sama.
Pada keesokan hari, Encik Luxon akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam dan bertemu dengan Speaker Parlimen Seah Kian Peng, menurut MFA.
Semasa lawatannya, Encik Luxon juga akan mengunjungi Pulau Jurong, Pangkalan Tentera Laut Changi dan Taman di Pesisiran.
Pada 2025, New Zealand adalah rakan kongsi perdagangan terbesar Singapura yang ke-31 manakala Singapura merupakan destinasi eksport ke-9 terbesar bagi New Zealand dan sumber import ke-6 terbesar.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.