Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM New Zealand usul tindakan global bagi tangani gejala media sosial susuli serangan Christchurch

 Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Rabu (20 Mac) menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak terhadap bahaya media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
PM New Zealand usul tindakan global bagi tangani gejala media sosial susuli serangan Christchurch

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 04:41PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 04:45PM

CHRISTCHURCH: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Rabu (20 Mac) menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak terhadap bahaya media sosial. Ini sedang masyarakat Islam mula mengebumikan para mangsa yang terkorban akibat serangan yang dilancarkan lima hari lalu ke atas dua buah masjid di Christchurch.

Seorang penyokong tegar kuasa kulit putih menyiarkan secara langsung selama 17 minit perbuatannya membunuh 50 jemaah yang sedang mengerjakan solat Jumaat ketika itu.

Menurut Facebook, meskipun penstriman dari Christchurch ditonton kurang daripada 200 kali namun ia perlu memadamkan sebanyak 1.5 juta video setelah rakaman pembunuhan itu menjadi tular.

Menurut Cik Ardern, meskipun fokusnya tertumpu kepada rakyat New Zealand, terdapat isu-isu di mana para pemimpin dunia perlu "mengambil tindakan secara bersama".

"Kita tidak boleh, sebagai contoh, setakat menangani isu-isu media sosial yang kita hadapi berdasarkan huraian dari kes ke kes saja," menurutnya.

"Terdapat alasan kuat untuk kita mengambil tindakan secara bersama terhadap isu global itu.

"Ini bukan saja satu isu bagi New Zealand, malah platform-platform media sosial sudah digunakan untuk menyebarkan keganasan (dan) bahan yang boleh menghasut keganasan. Kita mesti bersatu padu."

Di Amerika Syarikat, sebuah panel kongres sudah meminta para eksekutif kanan dari firma-firma teknologi Amerika Syarikat supaya menjelaskan bagaimana video "kejam" itu boleh tular di wadah online.

Menurut Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri, "amat penting" untuk menapis imej-imej yang ganas. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan