Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM New Zealand umum pilihan raya umum pada 19 Sep

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan pada Selasa (28 Jan) bahawa pilihan raya umum seterusnya akan diadakan pada 19 September. Pilihan raya itu akan mengukur tahap sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
PM New Zealand umum pilihan raya umum pada 19 Sep

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 28 Jan 2020 02:18PM Dikemas Kini : 28 Jan 2020 02:21PM

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan pada Selasa (28 Jan) bahawa pilihan raya umum seterusnya akan diadakan pada 19 September. Pilihan raya itu akan mengukur tahap sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.

Populariti Cik Ardern memuncak menyusuli serangan pengganas di New Zealand tahun lalu di mana cara beliau menangani insiden tersebut dipuji ramai.

Bagaimanapun, sokongan terhadapnya sedikit sebanyak terjejas akibat isu ekonomi.

Parti Buruh yang diterajui Cik Ardern mengambil alih pemerintah pada 2017. Pemerintah gabungan itu berharap untuk mendapatkan mandat untuk terus memerintah sehingga penggal kedua.

Pilihan raya umum harus diadakan di New Zealand sebelum November ini.

"Saya menyeru rakyat New Zealand supaya terus menyokong kepimpinan saya yang berteraskan kestabilan, ekonomi yang mantap dan kemajuan yang dicapai bagi menangani cabaran-cabaran jangka panjang," kata Cik Ardern dalam satu sidang media. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan