Skip to main content

Dunia

PM New Zealand lakukan lawatan rasmi ke SG; persinggahan pertamanya dalam lawatan ke Asia Tenggara

Anggaran Waktu Membaca:
PM New Zealand lakukan lawatan rasmi ke SG; persinggahan pertamanya dalam lawatan ke Asia Tenggara

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon. (Gambar fail: David Rowland/Reuters)

SINGAPURA: Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon kini sedang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari di Singapura, dari Ahad (14 Apr) hingga Selasa.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.

Lawatan itu bermatlamat untuk mengesahkan lagi hubungan yang terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara, yang berlandaskan Kerjasama Dipertingkat Singapura-New Zealand yang ditubuhkan pada 2019, menurut MFA.

Kedua-dua negara secara rasmi mempertingkatkan hubungan dua hala kepada Kerjasama Dipertingkat pada Mei 2019, semasa lawatan Perdana Menteri Jacinda Ardern ketika itu. Ia meliputi lima teras perdagangan dan ekonomi, keselamatan dan pertahanan, sains, teknologi dan inovasi, hubungan antara rakyat kedua-dua negara, dan perubahan iklim serta ekonomi hijau.

Dalam lawatannya itu, Encik Luxon akan diiringi oleh Menteri Perubahan Iklim New Zealand dan Menteri Pendapatan Simon Watts serta para pegawai kanan yang lain.

Lawatan rasmi ke Singapura adalah yang pertama bagi Encik Luxon sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri New Zealand pada November tahun lalu.

Encik Luxon akan menerima sambutan rasmi di Istana pada Isnin dan sejenis orkid kacukan yang baharu akan dinamakan atas nama beliau.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Satu jamuan tengah hari akan dihoskan oleh PM Lee.

Encik Luxon juga akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Singapura adalah persinggahan pertama Encik Luxon dalam rangka lawatan selama seminggu ke Asia Tenggara.

Beliau seterusnya akan mengadakan lawatan ke Thailand dan Filipina.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita