Skip to main content

Dunia

PM New Zealand kecam Tweet perkauman Trump

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden bersama-sama pemimpin antarabangsa lain mengecam catatan Tweet Presiden Donald Trump yang bersifat xenofobia berkenaan empat ahli kongres wanita Democrat.

Anggaran Waktu Membaca:
PM New Zealand kecam Tweet perkauman Trump

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden. (Gambar: Marty MELVILLE/AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 01:15PM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 01:18PM

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden bersama-sama pemimpin antarabangsa lain mengecam catatan Tweet Presiden Donald Trump yang bersifat xenofobia berkenaan empat ahli kongres wanita Democrat.

Cik Arden yang digelar pemimpin muda berkarisma, "anti Trump" oleh media Amerika Syarikat (AS) berkata beliau cukup berbangga dengan kepelbagaian di negaranya.

“Biasanya saya tidak masuk campur dalam hal ehwal politik negara lain, tetapi dalam hal ini semua orang jelas bahawa saya sama sekali tidak sependapat dengan beliau,” menurut Cik Arden di Radio New Zealand.

Ahad lalu, Encik Trump menggesa empat ahli kongres wanita minoriti Democrat untuk pulang ke negara asal mereka dan terus mengecam mereka pada hari berikutnya.

“Jika anda tidak gembira di sini, anda boleh pulang. Isu ini adalah mengenai rasa cinta terhadap Amerika, ada individu tertentu benci negara kita,” katanya dalam satu catatan di Twitter.

Menurut Cik Arden, parlimen New Zealand mewakili identiti negara itu yang kaya dengan pelbagai budaya dan etnik yang berbeza.

“Menghakimi seseorang berdasarkan negara asal mereka adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, apatah lagi mereka berhak untuk berada di parlimen sebagai seorang wakil.”

Perdana Menteri Britain Cik Theresa May dan pemimpin Kanada, Encik Justin Trudeau turut mengecam tweet berkenaan, manakala calon-calon presiden Democrat melabel Encik Trump bersifat perkauman.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita