Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM New Zealand Jacinda Ardern dijangka letak jawatan pada Feb

Anggaran Waktu Membaca:
PM New Zealand Jacinda Ardern dijangka letak jawatan pada Feb

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya di sebuah sidang media di Wellington pada 19 Jan 2023. (Gambar: AP/New Zealand Herald/Warren Buckland)

Diterbitkan : 19 Jan 2023 09:47AM Dikemas Kini : 19 Jan 2023 09:55AM
WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya bagi pelantikan semula jawatannya. Malah, beliau merancang untuk meletak jawatan selewat-lewatnya awal Februari.

Cik Ardern berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Khamis (19 Jan).

Satu pilihan raya umum akan diadakan pada 14 Oktober nanti, tambah beliau.

Cik Ardern mendedahkan bahawa peletakan jawatannya akan berkuat kuasa selewat-lewatnya 7 Februari. Beliau menambah bahawa para anggota Parti Buruh akan melaksanakan pengundian bagi memilih pemimpin baru parti itu pada 22 Januari.

Timbalan Perdana Menteri Grant Robertson berkata bahawa beliau tidak akan mencalonkan namanya bagi pengundian tersebut.

"Meskipun saya tidak akan bersaing dalam pilihan raya tersebut, saya tahu bahawa isu-isu yang menjejas kebanyakan warga New Zealand akan kekal sebagai tumpuan pemerintah sepanjang tahun ini dan menjelang pilihan raya itu," kata Cik Ardern.

Cik Ardern menarik perhatian bahawa beliau masih percaya Parti Buruh mampu memenangi pilihan raya akan datang.

"Bagi saya, ini adalah masanya," ujar Cik Ardern kepada anggota parti tersebut.

"Saya tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi (untuk menggalas tugas tersebut) untuk empat tahun seterusnya."
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan