PM New Zealand berharap untuk ketuai misi perdagangan ke China sebaik kawalan sempadan membenarkan
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata pada Jumaat (9 Dis) bahawa beliau berharap untuk mengetuai misi perdagangan ke China sebaik sahaja kawalan sempadan membenarkan perjalanan ke rakan dagang terbesar negara itu sedang ia bangkit semula daripada pandemik COVID-19.
Cik Ardern berkata beliau melahirkan hasrat untuk melawat Presiden China, Xi Jinping di luar sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok pada bulan lalu.
Ia merupakan pertemuan pertama mereka secara peribadi sejak 2018.
"Saya berharap untuk kembali lagi ke China apabila dibenarkan, dan saya telah berbincang dengan Presiden Xi tentang cita-cita kami untuk melakukan misi perdagangan ke China awal tahun depan - satu rancangan yang dialu-alukan oleh Presiden China itu," kata Cik Ardern semasa mesyuarat Majlis New Zealand-China di Auckland.
Cik Ardern berkata hubungan perdagangan dan ekonomi New Zealand dengan China tetap bertahan, walaupun menghadapi cabaran COVID-19.
Komennya itu dibuat hanya dua hari selepas China mengumumkan ia akan melonggarkan beberapa bahagian penting dasar "sifar COVID-19" yang ketat.

Dalam menyampaikan ucapan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, Cik Ardern berkata hubungan New Zealand dengan China adalah penting tetapi rumit dan masih berkembang
Cik Ardern berkata "kami menyedari bahawa terdapat beberapa bidang di mana China dan New Zealand belum mencapai kata sepakat dan di mana kepentingan atau pandangan dunia kami berbeza".
Beliau menambah bahawa di dalam bidang di mana New Zealand dan China belum mencapai sebarang persetujuan, pemerintahnya tetap bersedia untuk terlibat namun akan sentiasa mempertahankan kepentingan dan nilai New Zealand, dan akan bersuara jika perlu.
Semasa rundingan di Bangkok, Cik Ardern membincangkan hubungan dua hala dan bidang kerjasama dengan Encik Xi serta melahirkan kebimbangan tentang hak asasi manusia dan Selat Taiwan.
Walaupun hubungan diplomatik antara Australia dan China merosot, hubungan New Zealand dan China kekal mesra.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.