PM Najib lawat Anwar Ibrahim di hospital KL
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (17 Nov) melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada Ahad lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perdana Menteri Malaysia Najib dan isteri melawat Anwar Ibrahim. (Gambar: Twitter/ najibrazak)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (17 Nov) melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada Ahad lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih," kata Perdana Menteri Malaysia itu dalam laman Twitter dan Facebooknya.
PM Najib turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat bekas ketua pembangkang itu.
Pada 22 September lalu, Datuk Seri Anwar yang mendapat rawatan untuk masalah kesihatannya di HKL, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.
Beliau dilaporkan menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanannya, Ahad lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.