Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Muhyiddin ucap tahniah kepada perima biasiswa NASA dari M'sia

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Jumaat (1 Mei)mengucapkan tahniah kepada seorang pelajar Malaysia, Encik Azhar Ali, 20 tahun, kerana berjaya memperoleh biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA) Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.  

Anggaran Waktu Membaca:
PM Muhyiddin ucap tahniah kepada perima biasiswa NASA dari M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 02 May 2020 10:21AM Dikemas Kini : 02 May 2020 10:23AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Jumaat (1 Mei) mengucapkan tahniah kepada seorang pelajar Malaysia, Encik Azhar Ali, 20 tahun, kerana berjaya memperoleh biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA) Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

“Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus berjaya,” kata Encik Muhyiddin menerusi ciapan di Twitter beliau.

Encik Azhar menerusi akaun Twitter beliau semalam memuat naik status bersyukur kerana tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa itu sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran mereka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.

Daripada lebih tiga juta orang peserta yang mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis itu, rekaan beliau dilaporkan memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik serta konsisten.

Sehingga pukul 8.00 malam tadi ciapan pemuda berkenaan telah menerima 22,500 perkongsian (retweet) dan lebih 34,400 tanda suka (like) selain turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakyat Malaysia termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. 

Sumber : Bernama/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa