Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Muhyiddin sampaikan perkembangan terkini PKPP

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada jam 4.00 petang hari ini (20 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Muhyiddin sampaikan perkembangan terkini PKPP

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 20 Jul 2020 02:20PM Dikemas Kini : 20 Jul 2020 02:21PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada jam 4.00 petang hari ini (20 Jul). 

Perutusan khas perdana menteri itu akan bersiaran langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani. 

Encik Muhyiddin sebelum ini mengumumkan PKPP bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, yang menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dibuka, namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

Awal dari itu, tular di media sosial tentang perdana menteri akan menyampaikan perutusan yang sama pada jam 3.00 petang ini melalui TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan