Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia kecewa Majlis Keselamatan PBB tidak ambil tindakan serius terhadap krisis Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob menyuarakan rasa kecewanya berhubung krisis politik di Myanmar selain peri pentingnya dunia menangani punca utama krisis kaum Rohingya.

Berucap di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Encik Ismail Sabri menyifatkan kurangnya tindakan di PBB berhubung isu itu sebagai mendukacitakan.
"Malaysia kecewa dengan situasi di Myanmar sejak tercetusnya rampasan kuasa pada Februari 2021. Amat mendukacitakan apabila Majlis Keselamatan tidak mengambil sebarang tindakan serius dalam menangani situasi. Malah ada yang melihat Majlis Keselamatan melepas tangan dan menyerahkannya kepada ASEAN," kata Encik Ismail Sabri.

PM Malaysia itu menekankan bahawa krisis politik di Myanmar kini memburukkan lagi nasib jutaan pelarian Rohingya.

Beliau berkata amat penting bagi semua negara mengambil tanggungjawab dengan menempatkan lebih ramai pelarian Rohingya di negara masing-masing.

Malaysia sendiri, menurutnya, sudah mengambil hampir 200,000 pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan.

Ini, katanya, dilakukan walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967 yang berkaitan dengannya.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan