Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia galak Keluarga Malaysia pertahankan kemerdekaan, terus bersatu padu

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob pada Ahad (28 Ogos) mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan wira-wira terdahulu menjelang sambutan Hari Kebangsaan, tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata atas rasa cinta kepada negara, Keluarga Malaysia harus terus bekerjasama dan bersatu padu bagi membangun dan menjaga kedaulatan negara.

“Selamat Hari Kebangsaan 2022. Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Merdeka! Merdeka! Merdeka!,” kata Encik Ismail Sabri menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, pada Ahad (28 Ogos).

Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ bakal disambut Rabu ini (31 Ogos) seawal pukul 7.00 pagi di Dataran Merdeka secara besar-besaran dengan sasaran seramai 50,000 pengunjung. 

Pelbagai acara menarik diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan