Skip to main content

Dunia

PM M'sia bakal umum pembukaan semula sempadan

Anggaran Waktu Membaca:
PM M'sia bakal umum pembukaan semula sempadan

Seorang penumpang memakai pelitup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Nov 2021 (Gambar: Mohd RASFAN/AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2022 09:15PM Dikemas Kini : 24 Feb 2022 09:16PM

PUTRAJAYA: Pengumuman mengenai pembukaan semula sempadan Malaysia akan dibuat oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk pembukaan semula sempadan negara.

"Perdana Menteri akan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara, kita sudah mempunyai tarikh yang sesuai dan kita menyerahkannya kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 pada Khamis (24 Feb). 

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin dilapor berkata pada Selasa lalu (15 Feb) bahawa ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyedia dan memperhalusi prosedur operasi standard berhubung pembukaan semula sempadan negara.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita