PM M'sia Anwar ucap takziah kepada Presiden Erdogan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah serta doa kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan susulan bencana gempa bumi yang menimpa negara itu Isnin (6 Feb) lalu.
Menurut catatan di Twitter rasminya pada Sabtu (11 Feb), Encik Anwar memaklumkan beliau sudah menghubungi Presiden Turki sejurus tiba dari Bangkok, Thailand selepas lawatan rasmi dua hari ke negara jiran itu yang bermula Khamis (9 Feb) lalu.
“Kerajaan Malaysia telah mengutus dua pasukan mencari dan menyelamat SMART serta membina satu hospital (lapangan), selain rakyat yang turut mengumpul dana bagi membantu saudara di sana,” katanya.
Encik Anwar dalam sidang media pada Rabu (8 Feb) memaklumkan Malaysia akan menyalurkan sumbangan lebih US$2 juta (S$2.66 juta) kepada Turki dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di kedua-dua negara itu.
Sementara itu, Malaysia sudah menghantar dua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turki untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu pada Isnin dan Rabu lalu.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga mengatur gerak petugas dan kelengkapan Hospital Medan Malaysia (HMM) Tahap Tiga ke Turki untuk tempoh enam minggu bagi memberi bantuan kemanusiaan.
Gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turki dan barat laut Syria meragut lebih 23,000 nyawa di Turki dan Syria. Kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.