Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia Anwar tidak campur tangan urusan SPRM libatkan Muhyiddin

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tindakan SPRM memanggil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada Khamis (9 Mac) untuk siasatan adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan walaupun semua agensi termasuk Pejabat Peguam Negara telah diarahkan untuk melihat kepada semua kes yang berkaitaan rasuah.

“Tengok kes, apa pendakwaannya, apa tuduhannya belum tahu apa keputusan. Setakat ini hanya beliau (Muhyiddin) dipanggil tetapi untuk mengatakan semua kes yang kita ambil (tindakan) itu ada motif politik itu maknanya tidak bolehlah tangkap, maknanya kes rasuah lain yang besar-besar semua lepas.

"Sebab itu saya kata kena lihat dulu ada kes ke tidak. Ini urusan SPRM sampai sekarang saya tidak tahu apa akhirnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa pada Khamis (9 Mac)

PM Anwar juga menegaskan semua kes harus dilihat satu persatu untuk melihat sama ada wujud pendakwaan politik seperti yang didakwa segelintir pihak atau berdasarkan fakta dalam memastikan negara ini bersih daripada amalan rasuah.

Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan