Skip to main content

Dunia

PM M'sia Anwar seru penjawat awam bawa perubahan kembalikan M'sia ke tahap gemilang

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta penjawat awam bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan bagi membawa perubahan agar negara kembali ke zaman kegemilangannya.

Pada perjumpaan pertamanya bersama para kakitangan Jabatan Perdana Menteri pada Selasa (29 Nov) selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 24 November lalu, Encik Anwar berkata penjawat awam perlu membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara

Beliau berkata reformasi adalah satu permulaan untuk negara yang memerlukan perubahan kerana negara pernah mencapai tahap tertentu tetapi malangnya merosot baik dari segi ekonomi, kestabilan atau disiplinnya.

“Kita tidak mungkin berjaya sekiranya tunggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya,” katanya.

Encik Anwar berkata perkhidmatan awam adalah tonggak kepada negara dan ia tidak akan berubah meskipun kerajaan atau perdana menteri sudah bertukar ganti.

“Pimpinan silih berganti namun penjawat awam kekal dengan maksud mereka mengangkat sistem dan peraturan negara dengan tegak dan hukumnya,” katanya berdasarkan pengalamannya sebagai menteri kewangan, beliau tidak mungkin berjaya tanpa tunggak perkhidmatan yang membantu.

Sehubungan itu, beliau mahu semua menteri yang akan dilantik dalam Kabinet untuk mendengar pandangan daripada penjawat awam di kementerian masing-masing.

“Kalau ada cadangan balas atau teguran (daripada menteri) hanya (dilakukan) setelah dengar pandangan mereka...kepintaran kita, kecekalan kita, minat kita tidak akan sama dengan pengalaman mereka (penjawat awam),” katanya yang menambah barisan Kabinet akan diumumkan tidak lama lagi.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita