Skip to main content

Dunia

PM M'sia Anwar Ibrahim umum Isnin cuti peristiwa

Anggaran Waktu Membaca:
KAJANG: Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin (28 Nov) sebagai cuti peristiwa selepas beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, lapor BH Online

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, perkara berkenaan juga sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, tambah laporan BH Online itu lagi.

"Sebelum ini, saya janjikan cuti pada Isnin (21 November), namun kita tidak dapat bereskan (tubuhkan kerajaan), dan (kini) kita sudah bereskan, Alhamdulillah."

"Dan saya akan tepati janji dan anjakkan cuti ini ke minggu depan, iaitu Isnin," katanya pada sidang media, pada Khamis (24 Nov), menurut BH Online.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita