Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia Anwar Ibrahim umum barisan Kabinet; Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof dilantik Timbalan PM

Anggaran Waktu Membaca:
PM M'sia Anwar Ibrahim umum barisan Kabinet; Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof dilantik Timbalan PM

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 02 Dec 2022 09:39PM Dikemas Kini : 02 Dec 2022 11:08PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Jumaat malam (2 Dis) mengumumkan barisan Kabinetnya, dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam sidang media tersebut, Encik Anwar - yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) - juga menamakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fadillah Yusof - yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) - sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Encik Anwar turut memegang portfolio Menteri Kewangan dalam Kabinet baru Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya, lapor agensi berita BH Online.

Di sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 Malaysia, Encik Anwar memaklumkan akan melantik dua Timbalan Perdana Menteri, masing-masing bagi mewakili BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Encik Anwar memaklumkan semua menteri Kabinet yang baru dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 3.00 petang pada Sabtu (3 Dis).

Beliau sebentar tadi mengumumkan saiz barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada 28 menteri.

Jumlah saiz itu, termasuk Encik Anwar yang memegang portfolio Menteri Kewangan, adalah lebih kecil berbanding seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri dalam kerajaan yang terbentuk sebelum ini di bawah kepimpinan Ismail Sabri Yaakob.

Manakala, kerajaan yang dipimpin Encik Muhyiddin Yassin pula dianggotai 32 menteri dan 38 timbalan menteri.

Perkara demikian didedahkan Encik Anwar semasa sidang media bagi pengumuman barisan Kabinetnya di pejabat beliau di Putrajaya.

Berikut senarai penuh 28 Menteri Kabinet Perpaduan Perdana Menteri Malaysia ke-10:

Perdana Menteri & Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim

Timbalam Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri & Menteri Perladangan dan Komoditi - Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan - Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan - Mohamad Sabu

Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan - Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan - Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya - Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri - Saifuddin Nasution

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Zafrul Abdul Aziz

Menteri Pengajian Tinggi - Mohamed Khaled Nordin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Chan Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Nancy Syukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Salehuddin Ayub

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi) - Azalina Othman

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Ewon Benedict

Menteri Luar Negeri - Zambry Abdul Kadir

Menteri Pelancongan - Tiong King Sing

Menteri Komunikasi dan Digital - Ahmad Fahmi Fadzil

Menteri Pendidikan - Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara - Aaron Ago Dagang

Menteri Sumber Manusia - Sivakumar Varatharaju Naidu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) - Mohd Na'im Mokhtar

Menteri Belia dan Sukan - Hannah Yeoh

Menteri Kesihatan - Zaleha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) - Armizan Mohd Ali

 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan