Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia Anwar Ibrahim puji tindakan pantas urusan banjir di Johor

Anggaran Waktu Membaca:
PM M'sia Anwar Ibrahim puji tindakan pantas urusan banjir di Johor

Gambar: Pejabat Perdana Menteri Malaysia

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim memuji jentera pengurusan banjir di Peringkat Persekutuan dan negeri yang bertindak pantas dalam menangani banjir di Johor.

PM Anwar berkata, ia membuktikan bahawa ada kesedaran di semua peringkat khususnya penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan ikhlas dan pantas, lapor BH Online.

"Saya semalam ke Johor, perhatikan jentera kita di peringkat Persekutuan dan negeri itu, kepantasan dia bertindak jauh lebih baik. Terima kasih Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi turun segera.

"Saya lihat tindakan penjawat awam dan saya jumpa pegawai daerah, menteri besar, ketua polis, saya rasa bersyukur, tidak payah tunggu arahan, beliau sudah tahu, kepantasan tentera dalam bina jambatan Bailey, apabila sayan beri pesanan sudah dalam proses menyiapkan, dua hari selepas itu siap.

"Ini maknanya ada kesedaran di semua peringkat khususnya penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan ikhlas dan pantas.

"Kerana orang yang mengalami masalah itu tidak sama seperti kita, beliau tidak mampu menunggu berhari-hari, makan minum pun dalam tempoh setengah hari dan selewat-lewatnya sebelum 24 jam sampai makanan melainkan tempat terputus (hubungan) yang mengambil masa satu hari," katanya pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin (6 Mac), lapor BH Online.

Beliau turut bersyukur dan bangga dengan komitmen ditunjukkan semua penjawat awam termasuk di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan lain-lain negeri.

Dalam pada itu PM Anwar turut mengambil maklum banjir yang berlaku di Sarawak dan mahu tindakan segera yang sama dilakukan seperti di Johor.

"Banjir katanya, melanda ke Sarawak dalam masa singkat kita doa semoga dapat dihindari malapetaka lebih besar, tapi saya mahu tindakan yang sama atau lebih baik seperti masa sudah dilakukan di negeri dan saya saksikan sendiri di Johor.

"Malahan saya pendekkan lawatan ke Johor kerana ada acara, tapi Alhamdulillah, mereka melakukan dengan baik dan bangga dengan usaha mereka keseluruhan pasukan termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

"Untuk Sarawak ini, Timbalan Perdana Menteri akan selaraskan , kalau apa-apa salah, masalah.. salah beliau, tapi saya percaya kita dapat kekalkan prestasi itu," katanya.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan