Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia Anwar Ibrahim mula tugas sebagai Menteri Kewangan

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan pada Selasa (6 Dis).

Beliau yang mengenakan sut serba biru tiba di pekarangan Kementerian Kewangan (MOF) pada pukul 7.58 pagi dan disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Johan Mahmood Merican.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Rashidah Mohd Sies.

Encik Anwar, 75 tahun, kemudian dilihat memasuki pejabat di tingkat 12 bagi menghadiri taklimat tertutup bersama pegawai MOF.

Encik Anwar pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Encik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 November lalu. 

Pada 2 Disember pula, Encik Anwar mengumumkan barisan Kabinet kerajaan perpaduan yang meliputi dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan