Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia Anwar Ibrahim minta semua pihak hentikan sengketa politik di Sabah

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya menghentikan segala sengketa politik di Sabah dan memberi ruang kepada Ketua Menteri Hajiji Noor untuk mentadbir serta memajukan negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya menghentikan segala sengketa politik di Sabah dan memberi ruang kepada Ketua Menteri Hajiji Noor untuk mentadbir serta memajukan negeri itu.

Beliau berkata semua pihak tidak sepatutnya menjadikan politik sebagai medan permusuhan dan adu domba yang tidak berkesudahan di negeri itu, sebaliknya, mereka perlu berganding bahu tanpa mengira latar belakang politik bagi memajukan Sabah.

“Ada mandat sekarang, gunakan mandat itu untuk jaga negeri ini, pimpinan dipilih. Kita pegang amanah, bukan khianat. Kalau rasa nak bertarung tunggu masa pilihan raya, kita bertarung.

“Sekarang bukan masa bertarung, sekarang masa menjalankan amanah mentadbir negeri dan mengangkat martabat negeri serta rakyat,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Selasa (28 Feb).

Encik Anwar berkata dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan beliau pada Jumaat lalu (24 Feb), antara perkara yang diberi penekanan penting adalah menghapuskan kemiskinan tegar dan kira-kira 130,000 orang kini berada dalam kategori itu.

“Ramai (miskin tegar) di Sabah, jadi dengan apa cara juga, seluruh kekuatan Persekutuan dan negeri kita selamatkan rakyat ini… ini kita katakan tekad politik. Bila kita ada tekad politik, kekal jujur, masalahnya daripada diri sendiri, mahu atau tidak, saya percaya rakyat Sabah komited dalam perkara ini,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan