Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia Anwar Ibrahim galas jawatan Menteri Kewangan; mahu pulihkan keyakinan peniaga, pelabur asing

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sebenarnya 'tidak cenderung' untuk memegang jawatan selaku Menteri Kewangan. Namun menurutnya, satu pendekatan perlu dilakukan untuk memulihkan keyakinan terhadap ekonomi, peniaga dan pelabur asing.

"Saya fikir pada peringkat permulaan ini biar saya teruskan," katanya sambil menambah bahawa di Kementerian Kewangan, beliau akan dibantu oleh pasukan mantap yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, penjawat awam serta para penasihat yang tidak membebankan kewangan kerajaan.

Beliau berkata urusan kerajaan di Kementerian Kewangan yang diterajuinya akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak akan mengambil upah dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas Mohd Hassan Marican.

Encik Anwar berkata demikian ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk memegang portfolio Menteri Kewangan.

Penjelasan itu diberikan di sidang media pada Jumaat (2 Dis) malam sejurus selepas beliau mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Pada 25 Nov lalu, Encik Anwar dilaporkan berkata beliau tidak akan mempertimbang untuk memegang portfolio Menteri Kewangan bagi barisan Kabinetnya, namun akan melihat segala kemungkinan sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Apaibla ditanya penjimatan yang dapat dilakukan melalui saiz Kabinet yang kecil, Encik Anwar berkata ia dapat dilakukan sekiranya pembaziran dapat dielak serta perbelanjaan sia-sia dikurangkan.

Beliau menambah langkah itu akan dimulakan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan