Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia Anwar Ibrahim beri sanjungan kepada isteri Wan Azizah sempena ulang tahun

Anggaran Waktu Membaca:
 PM M'sia Anwar Ibrahim beri sanjungan kepada isteri Wan Azizah sempena ulang tahun

(Gambar: CNA/Fatihah Kamaruddin)

Diterbitkan : 05 Dec 2022 02:57PM Dikemas Kini : 05 Dec 2022 02:58PM
KUALA LUMPUR: “Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini,” demikian ungkapan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim sempena sambutan ulang tahun hari kelahiran isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada Sabtu (3 Dis).

Encik Anwar menyifatkan Dr Wan Azizah, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai seorang insan, wanita, serta isteri yang tabah, penyayang dan berbakti.

Beliau juga menggambarkan suri hatinya itu sebagai seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.

“Saya sentiasa bersyukur. Saya berdoa agar Dr Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday,” ucap Encik Anwar dalam catatan di akaun Facebook rasminya.

Encik Anwar turut memuat naik sekeping foto yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada 24 November lalu.

Dr Wan Azizah, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-70 pada Sabtu (3 Dis).

Dr Wan Azizah dan Encik Anwar mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan